Sunday, January 11, 2009

Akhirnya........Tapi betul ke?

2008 berlalu tanpa apa - apa kecuali untuk beberapa perkara yang agak memberi kesan kepada diri aku.. Ada kawan - kawan yang dulunya rapat tapi kini dah makin renggang, ada kawan - kawan yang baru muncul dan menjadi teman rapat, dan masih ada kawan - kawan yang dulunya rapat dan kini masih kekal rapat...

Sesetengah benda berubah manakala sesetengahnya tidak, walau apapun semuanya bergantung kepada apa yang berubah dan bagaimana caranya kita menyesuaikan diri dengan perubahan atau bergantung kepada bagaimana caranya kita bersedia untuk kekal dengan perkara - perkara yang tidak pernah berubah...

Hidup ini sebenarnya bukanlah tentang apa yang mampu kita dapat daripada orang lain, tapi sebenarnya mengenai apa yang kita mampu sumbangkan kepada orang lain. Bercakap tentang perubahan hidup dan sumbangan, aku rasa gembira sekali dengan apa yang berlaku dalam hidup aku pada 2009 ini...

Akhirnya aku berada dalam bidang yang aku rasa berbaloi sekali untuk aku bergelumang. Kalau hidup aku sebelum ini aku cuma fikir untuk mengusahakan sesuatu untuk diri aku sahaja, tapi kini aku perlu mengusahakan sesuatu untuk masa depan orang lain... Aku percaya yang kebaikan yang kita buat akan memberikan kita kepuasan yang tak ternilai... Betul ke? Hmm... Korang pikir le sendiri, lain orang lain jawapannya...


Aku rasa kalau kita tak jemu - jemu buat kebaikan, kita tak akan berhenti untuk rasa gembira... Itu pun kalau kita benar - benar ikhlas dan enjoy dengan apa yang kita buat la... Ada seorang sahabat pernah bagitahu kat aku dulu, katanya "kalau kita nak cari kerjaya, cari kerjaya yang kita suka sebab kita akan bersungguh - sungguh untuk melakukan apa yang kita suka" Aku rasa pendapat sahabat tu memang masuk akal dan bernas... Dan akhirnya aku mengalami sendiri akan kebenaran kata - kata tersebut...

Maka aku pun menerima perubahan hidup yang berlaku pada aku tahun ini dengan hati yang terbuka walaupun ada sedikit tekanan... Tekanan ada di mana - mana sebenarnya, tapi aku tahu apa yang bakal aku kecapi mampu melenyapkan segala tekanan yang aku hadapi sekarang... Syukur kepada Tuhan kerana aku diberi peluang untuk merasai pengalaman ini... Aku berharap yang aku boleh bertahan dengan segala cabaran yang bakal mendatang... Betul ke aku ni? Hahaha....

Ok...Till then, chow dulu bro...

No comments: