Thursday, March 23, 2006

=I'm Back=



Hei....apa khabar semua?
Hmm...rasa macam hepi sangat nak create new post untuk korang semua...almaklumlah sekarang ni sibuk sangat....
Bila dah masuk tahun akhir pengajian ni sibuknya mak aiii....mengalahkan pak menteri..heh
Rasanya dah lama sangat tak dapat nak update blog ni.....Macam - macam perkara yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni....tp cerita sensasinya ialah InsyaAllah....dalam bulan Mei nanti maka tamatlah tempoh pengajian aku secara rasminya kat UiTM ni.....

Bermacam-macam pengalaman aku dapat sepanjang tiga tahun berada kat sini...ada yang suka, ada yang duka dan ada jugak yang buat aku jadi nak gila.....hehe..
Lepas grad nanti, first thing yang aku nak buat adalah rehat kejap, pastu InsyaAllah kalau still tak dapat kerja lepas rehat tu, aku bercadang nak travel around Malaysia....Yes, itu sebenarnya yang diperlukan untuk membuang segala semak-samun yang tumbuh penuh kat dalam otak nih..

Sebenarnya plan nak gi travel tu dah lama ada dalam kepala aku nih...cuma nak tengok kelapangan aku je nanti.....Bab modal nak gi travel tu ada aku terpikir jugak and aku dah buat keputusan nak kerja waktu travel tu nanti....Maksud aku, bila stay kat satu negeri tu, buatlah ape-ape kerja yang patut untuk finances..Tapi yang problemnya, member aku plak tak kasi aku buat camtu....Sebab diaorang tak sokong plan aku nak travel lama-lama...Entahlah, diaorang menentang sangat idea aku nih, nak suruh aku cepat-cepat kerja...katanya sayang kalau aku buat keputusan camtu....pasai apa?

Tapi bila banyak sangat tentangan nih...buat aku terpikir semula..banyak tanggungjawab menanti..okey lah..macam tu aku aku akan cari steady job dulu kalau dapat aku akan cancel la plan nak pegi travel tu, kalau still tak dapat kerja aku akan teruskan plan tu....tapi dengan jarak yang lebih singkat la...hehe, best tak idea aku....

Tapi aku macam positif je nak dapat kerja dalam waktu yang singkat nih....aku ni jenis yang tak memilih sangat nak kerja nih..Janji ok....hmmm, tengok la apa kata family aku nanti, mana yang baik aku ikut je....Priority memang nak stay kat Kedah....sayang nak tinggal environment kat sana.....walaupun tak membina sangat....heh

Tapi kakak aku propose suruh tinggal kat KL je, katanya banyak peluang yang bagus-bagus...argghh...naik pening aku nak puaskan hati semua orang....Tapi aku akan cari peluang yang best - best kat Kedah untuk membina career aku...kalau takde jugak, baru aku datang balik KL....Tapi yang penting kena ensure aku grad dulu....pastu baru boleh pikir pasal kerjaa secara serius...

Baru-baru ni geng-geng aku ada organize satu charity event....Namanya "The Scoop on Books!"
Di samping nak menanamkan tabiat membaca di kalangan orang ramai, kitaorang nak raise donation untuk Malaysian Association of Blind People (MAB)....walaupun sibuk sangat-sangat, tapi aku tak kisah arrr sebab ini charity program...rasa enjoy je....sempat jugak arrr aku bergambar dengan celebrity yang involve dengan program tuhhhhh...ambik peluang arrr kiranya....ada tiga peringkat untuk program tu....

Mula mula kita orang handle press conference untuk officiate event and pastu organize satu session untuk bawak celebrities pegi baca buku cerita kat selected kindergarten....and lastly nak buat grand finale untuk event tu kat Galeriizu kat KLCC pada 2 April 2006....
Tarikh tu dah dekat and aku rasa bila dah lepas suma nih...bolehlah concerntrate untuk assignment yang dah makin berlambak tuhhhh.....weiiii, tinggal dua minggu lagi untuk sampai ke study week...aku kena rush sikit untuk setel mana - mana benda yang pending nihhhhh.....

To my loving brother, Rieco....Harap hang study elok - elok untuk SPM nanti....aku nak sangat tengok hang dapat result yang gempak...pastu masuk course yang bagus - bagus kat universiti...Ingat pesan aku.... jangan dok malas - malas sangat, main tu main jugak yang penting kita ada kualiti....baru le orang respect...Tunaikan semua janji - janji hang, tu la sapa suruh berjanji....ramai orang meletakkan harapan yang tinggi kat hang termasuklah aku....

Okey, cukuplah sampai kat sini aku rasa, nanti bila ada peluang, aku cerita lagi kat korang....
Harap korang semua tak termuntah dengan cerita-cerita aku ni....Have a nice day then....

Au revoir.


1 comment:

Anonymous said...

Great....